MAKANAN TRADISIONAL ORANG MELAYU

 



MAKANAN ORANG MELAYU



KUIH LIMAS




Kuih limas merupakan sejenis kuih tradisional orang Perak. Sekali imbas, rupanya seakan dengan kuih tepung pelita.

Yang membezakannya adalah, kuih limas dibuat menggunakan tepung gandum dan tidak menggunakan tepung beras seperti kuih tepung pelita.


LAKSA



makanan yang dihidangkan di bahagian Utara Malaysia, atau dikenali sebagai laksa merupakan hidangan berkuah yang popular.

Terdiri dengan elemen teristimewa seperti kaedah memasak dan kaedah menghidankan makanan, ia sudah cukup menarik perhatian dengan bau aroma dan rasanya.

Oleh kerana keupayaan untuk bercampur, kini laksa boleh dihidangkan dengan pelbagai variasi untuk dicuba.


NASI LEMAK



Sarapan pagi tidak akan lengkap jika rakyat Malaysia tidak menikmati juadah nasi lemak. Makanan tempatan ini dihidangkan dengan kuah sambal merah di tepi, campuran ikan bilis goreng dan kacang, telur rebus dan dilengkapi dengan potongan timun.

Juadah ini tidak perlu diselidik, walhal sudah menjadi hidangan yang terkenal di mata dunia. Bukan sahaja menjadi sarapan kegemaran rakyat, namun sudah menarik minat orang-orang luar untuk menikmati kelazatannya.


Comments